Monday, October 18, 2010

pelancaran kereta lumba,drift


Belia Puterawaja lancar Kereta Lumba, Drift

JOHOR BAHRU 31 Julai - Persatuan Belia Puterawaja (PBP) Daerah Johor Bahru melancarkan Kereta Lumba dan Drift di Kompleks Belia dan Sukan di sini baru-baru ini.
Pengurus persatuan itu, Azman Ahmad berkata, pelancaran kedua- dua acara itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Fathul Radzi Bakri.
Menurutnya, objektif sayap itu ditubuhkan dalam PBP untuk memperhebatkan penyertaan sukan permotoran kereta lumba dan drift di peringkat kebangsaan.
Beliau berkata, PBP juga akan memulakan kelas bimbingan pemanduan kereta lumba dan drift pada Oktober depan.
"Kelas yang diberi nama PBP Motorsport ini terbuka kepada orang ramai berumur 13 tahun ke atas.
"Kelas bimbingan ini akan meliputi teori dan praktikal yang akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad berkata, dengan adanya program seumpama itu PBP berharap penglibatan remaja dalam aktiviti permotoran akan lebih positif serta melahirkan generasi baru yang berwibawa dan berketerampilan dalam sukan di negeri ini.
Menurutnya, secara tidak langsung ia akan menukar persepsi umum terhadap imej belia dan persatuan.
Azman berkata, dalam memperkasa program tersebut, PBP dalam rangka menyiapkan satu lagi pasukan lumba motosikal dalam kategori 2T bawah 1.25 cc, RXZ 135 cc dan terbuka bawah 150 cc dengan diperkuatkan 12 orang pasukan teknikal.
Selain itu, PBP juga akan menganjurkan Autofest 2009 bersama Jabatan Belia dan Sukan tidak lama lagi.
Azman berkata, orang ramai yang berminat untuk menyertai kelas bimbingan kereta lumba dan drift boleh menghantar maklumat peribadi ke alamat Persatuan Belia Puterawaja Daerah Johor Bahru, Peti Surat 305, 80730, Johor Bahru.

Monday, October 11, 2010

drift info

SAKSIKAN kehebatan aksi sukan drift sepanjang kejohanan Goodyear Formula Drift Malaysia 2009 (GFDM 2009) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Acara anjuran ESPN STAR Sports dan Goodyear di Taman Agro Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor itu merupakan acara drift bertaraf antarabangsa yang dianjurkan buat pertama kali di negara ini.
Keghairahan penonton untuk menyaksikan aksi, deruman enjin dan kepulan asap daripada pusingan tayar jentera pada pertandingan itu dihangatkan dengan kemunculan dua jaguh drift dunia.
Mereka ialah Ryuji Miki yang merupakan bekas juara D1 Japan dan Mad Mike Whiddett, juara Formula Drift Thailand dari New Zealand.
Tidak ketinggalan, penonton juga berpeluang menyaksikan kehebatan jaguh drift tempatan seperti Ariff Johanis (Goodyear), Sean Khoo dan Ee Yoong Cherng.
Kejohanan kali ini disertai oleh 53 pemandu termasuk dari Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura. Daripada jumlah itu, 31 penyertaan adalah daripada pemandu tempatan.
Acara pada hari pertama bermula dengan pusingan kelayakan bagi menentukan 32 pemandu yang akan ke peringkat akhir (beraksi pada hari Ahad). Pertandingan diadili oleh panel hakim dari Formula Drift Amerika Syarikat.
Sementara itu, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Nasution Abdul Rahman berkata, Goodyear sebagai penaja utama acara menampilkan empat pemandu pada pertandingan itu.
Mereka ialah Ariff Johaniss, Johan Norman, Michael Gan dan pemandu wanita, Azrina Jane Abdullah.
“Kesemua mereka dipilih berdasarkan rekod dan prestasi pada pusingan ujian yang dilakukan.
“Kesemua mereka akan menggunakan tayar Goodyear Eagle RS Sport sepanjang pertandingan,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai kejohanan itu, penglibatan Goodyear dalam sukan drift adalah sebahagian daripada komitmen jenama tayar itu sejak bertapak di negara pada 1972.
“Kita melihat potensi yang besar di negara ini berdasarkan penganjuran perlumbaan yang rancak.
“GFDM 2009 diharap dapat memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi sukan drif terkemuka di rantau ini,” jelasnya.
Sekiranya mencapai objektif penganjuran, kejohanan kali pertama itu akan dijadikan sebagai acara tahunan di negara ini.
Selain itu, acara juga bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda untuk mendekati dan menceburi sukan tersebut.
“Sukan ini adalah sukan yang selamat jika dilakukan mengikut piawaiannya.
“Malah kita tidak keberatan untuk membantu mereka yang mempunyai bakat besar melalui penajaan Goodyear ke pertandingan di luar negara,” tambah beliau.
GFDM 2009 kali ini dijangka mengumpulkan 8,000 penonton berdasarkan sambutan awal yang diterima penganjur.
Sehingga semalam, semua tiket tempat duduk utama sudah habis dijual manakala tiket-tiket berharga RM50 dan RM18 masih boleh didapati.
Acara dua hari itu turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti termasuk pameran kereta-kereta yang ditala khas untuk sukan itu.

info

PUTRAJAYA 3 Mei - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) diminta mengkaji menubuhkan sebuah pusat pengajian kemahiran yang menawarkan kursus-kursus berkaitan industri sukan permotoran.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, IKBN dilihat masih belum lagi menawarkan kursus-kursus spesifik yang memenuhi keperluan industri sukan tersebut.
Menurutnya, industri kemahiran berkaitan bidang sukan permotoran mempunyai potensi besar untuk dibangunkan berikutan penganjuran acara-acara perlumbaan sukan jenis itu seperti motorcross sehinggalah Formula Satu (F1) di negara ini.
"Buat masa ini perbincangan sedang dijalankan dengan pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) agar bekerjasama dengan IKBN untuk memberi pendedahan kepada pelajar.
"Gabungan kerjasama antara IKBN dan SIC ini secara tidak langsung dapat membangunkan bidang sukan permotoran negara kerana bakat dan kreativiti belia dapat digilap melalui kerjasama ini," katanya.

Thursday, October 7, 2010

motor sport


MOTORSPORT: Funnell ends five-year wait for title

North Wiltshire and Kennet Gazette & Herald - ‎13 hours ago‎
After five years of trying, Trowbridge's Mark Funnell finally took the 2010 Castle Combe Sports and GT championship title at the circuit's Grand Finals ...

Monday, October 4, 2010