Monday, October 18, 2010

pelancaran kereta lumba,drift


Belia Puterawaja lancar Kereta Lumba, Drift

JOHOR BAHRU 31 Julai - Persatuan Belia Puterawaja (PBP) Daerah Johor Bahru melancarkan Kereta Lumba dan Drift di Kompleks Belia dan Sukan di sini baru-baru ini.
Pengurus persatuan itu, Azman Ahmad berkata, pelancaran kedua- dua acara itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Fathul Radzi Bakri.
Menurutnya, objektif sayap itu ditubuhkan dalam PBP untuk memperhebatkan penyertaan sukan permotoran kereta lumba dan drift di peringkat kebangsaan.
Beliau berkata, PBP juga akan memulakan kelas bimbingan pemanduan kereta lumba dan drift pada Oktober depan.
"Kelas yang diberi nama PBP Motorsport ini terbuka kepada orang ramai berumur 13 tahun ke atas.
"Kelas bimbingan ini akan meliputi teori dan praktikal yang akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad berkata, dengan adanya program seumpama itu PBP berharap penglibatan remaja dalam aktiviti permotoran akan lebih positif serta melahirkan generasi baru yang berwibawa dan berketerampilan dalam sukan di negeri ini.
Menurutnya, secara tidak langsung ia akan menukar persepsi umum terhadap imej belia dan persatuan.
Azman berkata, dalam memperkasa program tersebut, PBP dalam rangka menyiapkan satu lagi pasukan lumba motosikal dalam kategori 2T bawah 1.25 cc, RXZ 135 cc dan terbuka bawah 150 cc dengan diperkuatkan 12 orang pasukan teknikal.
Selain itu, PBP juga akan menganjurkan Autofest 2009 bersama Jabatan Belia dan Sukan tidak lama lagi.
Azman berkata, orang ramai yang berminat untuk menyertai kelas bimbingan kereta lumba dan drift boleh menghantar maklumat peribadi ke alamat Persatuan Belia Puterawaja Daerah Johor Bahru, Peti Surat 305, 80730, Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment